Hari ni dah 2 ari abg g course…tepun b pun bz je..marketing sane sini…balek opis buat report…hem…kat opis nih dah le gelap cam gua….hehehe hujan lagi…arinih budak2 belah lOC plak buat jamuan deeparAye…hehehe tp aku malu nak join le…oleh sbb ‘bos’ aku tade..kitorg sume pun holiday le cam kat tepi pantai hehehe…bayangkan kitorang kat MaUriTius…hari buleh dikatekan hari re-uNion…hari menelepon kawan2…memula aku tepon eni…tanye kabo..tanye sket pasal kalau ayah dia masakkan kenduri sume…aku dah warning eni utk datang mase kenduri aku tu nanti…pastu aku call en.zIk plak…dah lame gak aku tak call dia..cite itu ini..pasal hidup masing2…sesungguhnye aku dpt rase dia bahagia dgn pilihan hati dia..InsyaAllah…kamu berdua pasti bahagia…tp aku konfius sket…nape sYa cam jauhkan diri plak..dulu bukan maen lg sms aku..but then lately dia senyap je..marah lagi ke kat aku..bukan aku nak kacau zik lagipun..atau pun dia igt aku sengaja xnak berbaek ngan zik…n menyebabkan zik akan terus dingin dgn dia..astaghfirullah sesungguhnya aku xde niat langsung…maafkan aku sya..kalau sesekali kau ade berfikiran yg tidak2 terhadap aku…aku juge manusia yg lemah…untuk zik n sya..doa saye mengiringi kamu berdua…zik, saye xkan jumpe kawan yg lebih baek dr awak…kite ttp sahabat dunia akhirat…oklah…ni curi2 mase nak balek plak..ade misi yg harus diselesaikan….misi minum teh c ais kat Hainan Station…hehehe ngan budak dOt…
November 19, 2007
Artikel yang agak panjang dan tidak berapa pasti sumbernya tetapi intipatinya mengingatkan kita tentang tujuan kehidupan ini.
=================================================
NILAI SEBUAH PEKERJAAN
“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma” , saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak
berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk
membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran,
walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.
PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.
NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output
daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur …
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’ kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?
NILAI – HARGA – KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah
harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat “Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat – sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLLah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamakmenghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
November 16, 2007
November 16, 2007
August 24, 2007
11 shaban 1428, 24 Ogos 2007…lahirnye baby gurl abg shahzan ngan kak adibah yg ditunggu2..erm..wat does he feel?of course rase superb kot…hehehe Nur Syazana Nabila (ekceli aku tak tau spelling yg betul)…welcome to the world baby kecik…auntie didie tak sabar nak belikan baju kaler pink utk nabila…tp ur dady tu nak kaler biru lak..aiseh demand..hehehe
p/s: cepat le abg bg pic nabila..nak uplod kat sini…
August 24, 2007
erm..pg2 dah kena sound…hangen sungguh rasenye..ade ke patut asek nak compare je contract staff nih..amy itu..amy ini..bengangnye..klu dah dia terer sgt..suh je dia buat sume..eventho aku tak kena bebel sgt..tp terase gak le..mmg tak adil sungguh..mcm org laen nih tade ape speacialty or quality..even dia terer cr cm, but offc management too bad…report hampeh je..bukan nak dengki ke ape..taim aku minta report..org yg paling slow..plg tak fhm adelah dia..so ape quality yg dibanggakan sgt..mase depan bos angguk faham..pastu tanye balek kite..ape dia tanye td..hangen tak hangen le..erm pening btul aku keje sini..rase cam nak benti je..tp sayang plak..kalau dpt permanent terus aku minta transfer..abg asek tanye aku…keje cane..ade org kacau tak..jawapan selamat..cam biase je..kang aku bgtau sume pening lak kepale dia..ishkk ishhkk ishhkk..sian..hehehe but i really miss my big bru…
August 23, 2007
erm..arini sejuk je cuz ujan..mendung je kat luar tu…rase nak buat keje pun malas..
tp rase mencabar sungguh arini..mane taknye..cm walked in nak amek discharged letter.
biase ar..kalau wat payment kat banking hall confirm kena wat discharged letter terus.
cm ni tgk mood juge..ade yg ok..ok..kite tunggu dia bertahun2..dia nak tunggu discharged letter kejap je pun dah merungut…itulah hakikatnye..ayat feberet incik kamil yg menjadi trademark dia..sampai kitorg pun terikut2..masuk ni dah 3 hari abg ngan akak duk kat spital..nape baby nih degil tanak kua2 lagi…hehehe tp aku tepun td..abg kate mungkin dah on the way..maseh tade text dr abg..myb gak rushing..erm..family come first…erm..rase boring gak..tade sape aku nak ngadu..penat keje..si antu tu lagi..,macam2 permintaan dia..sume pun campak kat aku..dia tau aku ni 2fas 2furious..tp jgnle expect energy level aku nih tinggi sgt.,.org laen dia tak pgl pun wat itu ini..tp advantage gak..klu aku ter over look ke..tade lah dia marah sgt..tp aku bukan jenis amek kesempatan..kalau aku rase mmg tk buleh wat..aku ckp je..kenapa aku tak buat..pg td aku kena marah le..dah lame tak fup ak normal..aku pun ape lagi..sound dia balek..buku kpi aku dah penuh..aku buat kpi lebih 30 even aku wat extra work yg dia campak kat aku..org laen takde extra work..wat kpi yg same byk aku wat..it’s unfair lah..aku kena buat jpn search..fis,..request file..kenape aku ngan ida je terbeban ngan extra work..bukan aku sorang yg tak permanent…bile appraisel awatnye tak
tulis segala contribution aku..erm..susah betul…ni pun kepale aku dah ala2 pening lalat..
cm walked in, yg kat branches lg..adoi pening betul..harap aku maseh buleh bertahan..abg balek le keje cepat..buleh ngadu kat abg..hu hu hu…
p/s: utk abg ngan akak…BA SCHA!!! baby cepat2 kua..buleh maen2..hehehe
August 21, 2007
21 Ogos 2007…pg2 nih aku dpt text dr abg…akak dah admit…spital kajang…hehehe waiting for a new born baby…does not know whether it’s a boi or a gal…but the truth is…i felt more excited than the parents kot…hehehe hepi sgt2 bile dpt news tuh…aku text balek..wish everything ok…dari last week abg felt so worried for akak…hehehe biase lah..fes experience…weeken arituh aku g tgk rat-a-too-iee ngan aida…shuping tak hengat…aku beli 2 kemeja utk nizam…satu short sleeve the other one long sleeve…mesti cumel nnt b…hehehe erm..weken gak aku aku buat kek brownies…yg aku sendiri tak tahu jadik ke tak…ihikss ihhikss…dia macam ade part..kering and basah sket…yg kering bahagian atas tu..rase cam biskut..yg bawah mmg choclety sgt…resepi aku amek dr tenet je…skg nih ngah mood nak blajar buat kek je..hehehe sebab aku suke sgt kek coklat…aku bw g opis n dorang kate ok..sedap..rase coklat…kat abg pun aku bg juge..and dia kate sedap juge..cume manes…hehehe see the chef le…sweet..hehehe alamak terpasan lah pulak…hehehe neway abg..harap akak deliver the baby safely…abg tuh jgn talut plak bile masuk labour room tuh..kang pengsan susah plak..hehehe
August 14, 2007
August 13, 2007
erm..arinih dah ari ke 13 aku berumur 25 tahun…hehehe tade rase ape pun…
rase cam mude remaje je…hehehe guess wat?i’ve got nOkia N76 dr nizam…
tak tahu nak describe cane…tp mmg shiok wo…tak sangke langsung…ekceli
dia nak bg mase tunang nnt tp nape dia carry fwd utk beday…sian katenye
aku tak mintak ape utk beday..aku tak kesah pun…cos dia dah banyak abis duit
beli bunge..pastu bg jeans MNG…wp murah je..aku suke…hehehe erm..syg sgt kat
incik b the bear…tp aku kn tolong jg byrkan asb loan yg dia amek utk beli
rumah nnt…seb baek dia tu jenis pandai saving..aku?pandai abiskan je..hehehe
herm the past week mmg bz..byk keje sangkut…ye lah baru balek cuti…sabtu aku g
husin..makan kat kenny rogers..husin belikan sling bag kat radioactive…sebab
dah penat cr bumblebee tak jumpe..herm…semalam aku g digital mall kat seksyen 14
pastu beli dvd LOTR…simpan wat collection…mmg best…erm…nnt aku nak simpan duit
beli prison break ke…ataupun greys anatomi ke…hehehe