FeeL Gud...


Hari ni dah 2 ari abg g course…tepun b pun bz je..marketing sane sini…balek opis buat report…hem…kat opis nih dah le gelap cam gua….hehehe hujan lagi…arinih budak2 belah lOC plak buat jamuan deeparAye…hehehe tp aku malu nak join le…oleh sbb ‘bos’ aku tade..kitorg sume pun holiday le cam kat tepi pantai hehehe…bayangkan kitorang kat MaUriTius…hari buleh dikatekan hari re-uNion…hari menelepon kawan2…memula aku tepon eni…tanye kabo..tanye sket pasal kalau ayah dia masakkan kenduri sume…aku dah warning eni utk datang mase kenduri aku tu nanti…pastu aku call en.zIk plak…dah lame gak aku tak call dia..cite itu ini..pasal hidup masing2…sesungguhnye aku dpt rase dia bahagia dgn pilihan hati dia..InsyaAllah…kamu berdua pasti bahagia…tp aku konfius sket…nape sYa cam jauhkan diri plak..dulu bukan maen lg sms aku..but then lately dia senyap je..marah lagi ke kat aku..bukan aku nak kacau zik lagipun..atau pun dia igt aku sengaja xnak berbaek ngan zik…n menyebabkan zik akan terus dingin dgn dia..astaghfirullah sesungguhnya aku xde niat langsung…maafkan aku sya..kalau sesekali kau ade berfikiran yg tidak2 terhadap aku…aku juge manusia yg lemah…untuk zik n sya..doa saye mengiringi kamu berdua…zik, saye xkan jumpe kawan yg lebih baek dr awak…kite ttp sahabat dunia akhirat…oklah…ni curi2 mase nak balek plak..ade misi yg harus diselesaikan….misi minum teh c ais kat Hainan Station…hehehe ngan budak dOt…

Artikel yang agak panjang dan tidak berapa pasti sumbernya tetapi intipatinya mengingatkan kita tentang tujuan kehidupan ini.

=================================================

NILAI SEBUAH PEKERJAAN

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

“Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma” , saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak
berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk
membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran,
walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan. .. tetapi output
daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur …

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’ kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI – HARGA – KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah
harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat “Begin With the End in Mind”. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat – sahabat, untuk menyemak hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLLah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamakmenghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

11 shaban 1428, 24 Ogos 2007…lahirnye baby gurl abg shahzan ngan kak adibah yg ditunggu2..erm..wat does he feel?of course rase superb kot…hehehe Nur Syazana Nabila (ekceli aku tak tau spelling yg betul)…welcome to the world baby kecik…auntie didie tak sabar nak belikan baju kaler pink utk nabila…tp ur dady tu nak kaler biru lak..aiseh demand..hehehe

p/s: cepat le abg bg pic nabila..nak uplod kat sini… 

erm..arini sejuk je cuz ujan..mendung je kat luar tu…rase nak buat keje pun malas..
tp rase mencabar sungguh arini..mane taknye..cm walked in nak amek discharged letter.
biase ar..kalau wat payment kat banking hall confirm kena wat discharged letter terus.
cm ni tgk mood juge..ade yg ok..ok..kite tunggu dia bertahun2..dia nak tunggu discharged letter kejap je pun dah merungut…itulah hakikatnye..ayat feberet incik kamil yg menjadi trademark dia..sampai kitorg pun terikut2..masuk ni dah 3 hari abg ngan akak duk kat spital..nape baby nih degil tanak kua2 lagi…hehehe tp aku tepun td..abg kate mungkin dah on the way..maseh tade text dr abg..myb gak rushing..erm..family come first…erm..rase boring gak..tade sape aku nak ngadu..penat keje..si antu tu lagi..,macam2 permintaan dia..sume pun campak kat aku..dia tau aku ni 2fas 2furious..tp jgnle expect energy level aku nih tinggi sgt.,.org laen dia tak pgl pun wat itu ini..tp advantage gak..klu aku ter over look ke..tade lah dia marah sgt..tp aku bukan jenis amek kesempatan..kalau aku rase mmg tk buleh wat..aku ckp je..kenapa aku tak buat..pg td aku kena marah le..dah lame tak fup ak normal..aku pun ape lagi..sound dia balek..buku kpi aku dah penuh..aku buat kpi lebih 30 even aku wat extra work yg dia campak kat aku..org laen takde extra work..wat kpi yg same byk aku wat..it’s unfair lah..aku kena buat jpn search..fis,..request file..kenape aku ngan ida je terbeban ngan extra work..bukan aku sorang yg tak permanent…bile appraisel awatnye tak
tulis segala contribution aku..erm..susah betul…ni pun kepale aku dah ala2 pening lalat..
cm walked in, yg kat branches lg..adoi pening betul..harap aku maseh buleh bertahan..abg balek le keje cepat..buleh ngadu kat abg..hu hu hu…

p/s: utk abg ngan akak…BA SCHA!!! baby cepat2 kua..buleh maen2..hehehe

xp8140013.jpg

buFddAy ceLebratIon fOr AugusT peOple…

MazurA aNd mE

erm…01hb Ogos 2007..genap umur aku 25thn…rase cam laen je…hehe dah 25 ke?
cam baru 21 plak…hehehe pasan sungguh cik zul nih…erm..org fes wish adelah ibi..
pastu along..baru lah nizam..pastu dia cume ckp selamat panjang umur je..then abg anta
sms wish beday pagi2 lagi..hehehe igtkan tak igt..seb baek igt, klu tak ade harapan le
aku merajuk lg ngan abg..muwakakakaka…erm..mekaseh utk sume kawan2 yg igt beday aku..
adk husin..eni sofia..ayu..budak2 opis ni..aku sayang kat korang..heheheh
erm..malam kite org makan piza…aida sponsor kek..sampai tak larat nak makan…alhamdulillah
aku berpuasa semalam..pd hari jadi aku..ui..tak pernah2 aku buat hehehe…erm..jeng..jeng..jeng…
lagi satu berita yg menggembirakan adelah dapat bonus utk staff contract…ui..lg
seronot sgt..mmg cam tak caye..cek akaun aku ade dekat $5k..ui..rase nak tepengsan pun ye gak..
tp aku buat tak nmpk je duit tu..simpan utk kegunaan mase depan..buat byr kad kredit dulu..
erm..yg kedua nya..lg tak disangke2…b anta bunga kat opis…mmg terkejut sgt..tak expect langsung..
mase kak ina recept pgl ade org anta bunge..aku siap ckp..akak jgn nak buat lawak arini..
mmg kelakar sgt..hehehe tenkiu so much b..luv u the very2 much..muahss….k lah..aku nak cont
keje dulu..kang tak siap lg..hehehe

p/s: tenkiu sume…

assalamualaikum…erm nape ek..ari sabtu patut aku duk lepak kat umah…nih kene keje…file fis ni mmg susahkan je…ngengade je nak kene fotostet plak…hangin je..aku ade lg 10..tp la ni baru siap 3…ba scha ZUL…seb baek two face tade..kalau tak mesti nak kene berdiri dgr ceramah motivasi dia dulu…lg hangen…pg td makan nasi lauk ikan…pas2 makan kuih pau sambal wati bagi…minum air nestle choc belgian…smlm tgk princess diary..udahnye..tb yg tgk aku plak..hahaha…ngantuk giler…cdg nak balek kg next week…kan beday aku da nak sampai nih…jgn lupe ek kengkawan…1hb Ogos…hehehe bestnye..nak balek jumpe nizam kesayanganku…hehehe sayang ke?hehehe sayang sgt2…dia dah gunting rambut…suh emel gambar..tak nak plak..susah la b nih..sume pun tak tahu…tepun je canggih…tp mmg dah setahun tak amek gambar ngan b…tetibe windu plak..tepun td tido lagi…takpe lah…kalau aku tak g keje pun ntah2 sambung tido lg…erm…mungkin nak bincang balek bile nak tunang…bile nak beli barang2…maybe pas raye…tp mesti dah tade discount plak…takpe…ade mega sale…eoy…lupe plak…ngah fikir nak buat kaler pe…erm…kaler feberet aku da ade org amek..so kena lah tukar…purple kundang…tp kale nih nak buat mase kawen nnt…kene cari kaler laen nih…erm…k lah…aku nak sambung wat keje balek…smlm aku dah bg add blog kat abg shahzan…tak sangke plak  dia bace terus…erm…ape agknye dia fikir kan…dah le banyak cite pasal incik ren he yg dah hilang tuh…hehehe

p/s:- banyak nye makan…. 

erm..nak mule dari mane ek..name abg, Mohd Shahzan
memule dulu aku pgl skema gile..incik shahzan..huhuhu…but then dia
pgl aku adk..so aku kena la panggil dia abang shahzan..hehehe
cane aku mule2 kenal dia?erm..kerane two face bg aku job utk request security
document..cus abg shahzan nih org tender unit yg incharged utk security document.
memule dpt job nih…mmg aku hold je..cus aku banyak sgt assignment and proposal nak kena
catch up..tp pas dia dah kol 2,3kali tanye document…anta reminder lg..aku kena
lah request jg..erm..abg ni org dia cool je..tp byk ckp juge..kirenye aku slalu kalah le
kalau ckp ngan dia nih..fes aku tak tahu abg dah naik haji…ceh..cam maen dam je ayat aku
ni..erm..dah pegi mengerjakan haji..naseb baek dia tak kesah..hehehe aku start
baek ngan abg cus aku rase abg nih mmg penyabar orgnye and very2 good listener..
terfikir gak aku..nape dia tak pi jd counselor ke..gi keje kat jab agama ke..
hehehehe bile kena tegur ngan dia tuh kecut gak perut nih…hehehe banyak kali jg le
aku kena marah ngan dia..hehehe aku nih kan degil sket…wooops..bukan sket..byk nih..
erm..tp dia sabar jg…kepade abg..teruskanlah usaha utk bersabar ngan adk..hehehe
masuk 2 minggu nih..aku rase kecik ati lak ngan abg…smlm pun same..erm aku cume nak
tgk pic kawen dia..tp dia tanak bagi..erm..bukan aku nak buat pe pun..tak yah le nak bg
alasan nak suh aku g tgk kat tpt dia..erm..nak pg tpt dia pun aku fikir 2,3 kali jg..
takpela kalau tanak bagi tgk pun..aku ckp balek..pasni aku pun tanak share pape lagi ngan
dia..rAHSiA…hehehe k lah…aku nak cont buat keje…ni pun taep curik2 nih…hehehe ba scha!!!

p/s:- pose?xpose?pose?xpose?….

arini tegerak plak nak bukak blog aku yg dah lame aku tinggalkan nih..hehehe semenjak kehilangan incik ren he aku malas nak tulis dah…tp 2,3 arinih rase cam nak mule tulis balek…hehehe mungkin aku dah dpt semangat baru…hehehe dah dekat setahun gak rasenye tak tulis nih…banyak sgt nak cite tapi tak tahu plak nak mule dari mane…erm..pasal keje? keje biase2 je…kejap okies…kekadang tak okies…erm..nak watcane…dah name pun keje…kejap kang kena puji…kejap kang kena marah…hehehe ade budak baru join…geets ngan amy…tp aku, ida ngan dot maseh lagi three stooges…ala charlie’s angel lah kunun2…semenjak pelarian wati ke dept baru…hehehe tukau angen le…so far lia pun dah gave birth..baby gal…name same ngan dua pupu aku..nur aqilah…erm…si dasha nana jgn cite lah…kalau emak dia cuci gambo…mesti aku curi satu…hehehe cumel banget…balek kg jumpe schoolmate…wana ngan syed dah dpt baby boi…syed raziq rafiqi..ana dapat baby gal…tak igt plak name anak dia..hehehe tak sempat nak tgk lagi…banyak gak skulmet aku yg dah kawen..aku?hehehehe tunggu dah kaye sket baru kawen…lgpun…cam rase tak bes je kawen cpt…nnt tak buleh nak hang out ngan kengkawan aku lagi…hehehe pas2…nak buat sumting kena fikir sume org…takut nnt kecil hati plak…tp mungkin jg aku fobis…hehehe takpela tak yah cite lah..erm..k lah..nnt sambung..nak cite pasal Tuan Hj Mohd Shahzan plak…hehehe abg yg cumel…hehehe

p/s: aritu tgk transformer ngan husin..makan piza…hehehe husin nak belikan bumblebee utk beday..besh..besh…

erm pagi2 aku da bangun nak g keje…kul 8 aku kua..once nak siap2 tuh aku realized yg purse aku yg comel tuh takder..cuak gak..tapi aku konfiden jer tinggal kat ofis..cakap kat b, b da marah2, asik tinggal purse jer…purse kecik sgt, tak perasan..aku da naik bas sume aku turun kat stesen U tunggu Ida..nak pegi beli nasi lauk ikan…sejenis masakan kelantan..aku layan jer…sedap cam mak aku masak…biase nye aku takkan makan lauk berkuah cam gulai nih..tapi sebab ikan tongkol aku makan ler..sedap wooo…murah jer rege dia..RM2 jerk..erm ingatkan si two face tu takder tapi datang juga malaun tuh..membuatkan mood sumer orang jadi malas nak buat keje..rase nak balik jer…sakit betul ati aku..bosan…erm..balik aku singgah kat klcc g bank in pastu g jalan2 cari makan kat cold storage tu..erm..on the way nak pi train tuh ujan mencurah2 kat kiri n kanan tangga kua ke jalan ampang tuh..wah…tergezut tahap gaban aku…memang lebat giler arh..takut aku tgk…erm..nasib baek aku kat underground..selamat lah jg..sepanjang perjalanan aku dalam train memang ujan tak benti…sampai kat taman paramount dah kureng sket..rupenya kat KJ dah lame ujan lebat…bru sampai kat kl lah tuh mase aku kuar tadi…sampai aku naik cab…malas nak tunggu bas…pastu balik aku panaskan nasi goreng yang aku beli kat cold storage tu..pastu tido..hehehehe ni baru pas dengar AE06..mawi jer lebih 7 kali naik pentas…eee tak larat betul…tak suker…erm..seb baik siti menang vokal wanita…tapi saerah yang naik bagi speech..tapi memang terabur gile..memang tak pro lah…sian b..nak pnc tapi aku tak dre mood sgt…ngantuk..lagipun takder topik nak cakap…hehheeh k lah..penat dah…nak pi spin baju..nak jemur..harap2 suk tak hujan ler…

Next Page »